Good Listener
Apabila seorang Datuk Bendahara berkata kepada Sultan, “Patik kurang periksa, tuanku,” ia tidak bermaksud beliau sebagai orang besar tidak mempunyai kuasa atau hak untuk memeriksa sesuatu hal. Ia secara tersirat bermaksud, “Aku tak tahulah!”
Bahasa-bahasa tersirat sering digunakan agar tidak melukakan pihak lain. Masalah sering timbul apabila mesej yang cuba disampaikan tidak diterima dengan baik, lalu disalah anggap.
Jika mesej tidak diterima dengan betul, Sultan tadi mungkin berkata, “Kalau kurang periksa, pergilah periksa sampai habis.”
Bahasa-bahasa tersirat ini banyak digunakan setiap hari, banyak didengari tetapi tidak difahami. Untuk menjadi seorang “good listener” atau pendengar yang baik, perlulah melatih diri untuk merenung kata-kata orang lain. Bukan setakat mendengar, tetapi merenung.
Pelajari dari Al-Quran dengan melatih diri merenung ayat-ayat Al-Quran. Allah S.W.T mengajar hamba-hambaNya menjadi ‘a good listener’ melalui Al-Quran. Firman Allah di dalam surah Yunus ayat 24, “Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu berfikir (dan mengambil iktibar daripadanya).”
Al-Quran hanya mengandungi 6,666 ayat, tetapi mengandungi petunjuk seluruh sistem kehidupan manusia dan alam. Tidakkah kita berasa pelik apabila Kamus Dewan lebih tebal dari kitab Allah? Ini adalah kerana Al-Quran memuatkan banyak ayat untuk manusia berfikir. Its compact yet complete. Dengan berpandukan hadith-hadith nabi, ayat-ayat yang pendek dan padat dapat dihuraikan menjadi sesuatu yang besar, seterusnya menjadi penyelesaian kepada seribu satu macam masalah manusia dan alam.
Sudah tentu, proses merenung Al-Quran perlu dilakukan dengan kaedah yang betul dan berpandukan sumber yang betul. Ia boleh dimulakan dengan merujuk terjemahan-terjemahan yang ada. Jika bertemu sesuatu yang tidak difahami, rujukan perlu dilakukan segera.
Kajian juga perlu dilakukan sedikit demi sedikit. Ia bukan novel cinta yang perlu dihabiskan dalam masa satu malam. Melatih minda untuk berfikir. Memadai dengan beberapa ayat setiap hari untuk difikir dan direnung. Di dalam Tafsir At-Tabari, Imam At-tabari telah merekodkan kenyataan Ibnu Mas’ud, bahawa beliau dan para sabahat dahulu mempelajari tidak lebih dari sepuluh ayat Al-Quran setiap kali, mereka tidak akan melampauinya sebelum betul-betul memahami secara benar maknanya dan mengamalkannya.
Wallahu’alam.


comot like this..thumbs up!
“btol btol btol”..upin ipin kate sambil mengangguk
betul3
hahaha..kn dh kuar upin..tu la sebut lg name die..nnti kuar ipin plak kot..
dlm diam2 ade blog rupenye…huhu
to taksukatelur:erkk..taksukatelur..hoho