Alkisah ketika Nabi Ibrahim a.s dibakar oleh Raja Namrud dengan api besar. Melihat api besar itu, seekor burung kecil segera mengambil air dengan paruhnya yang kecil lalu dititiskan ke atas nyalaan api besar itu.
Perbuatan burung kecil itu ditertawakan oleh burung-burung yang lebih besar. “Apa gunanya air yang setitis itu?” Burung besar menyindir.
“Untuk memadamkan api yang membakar kekasih Allah Nabi Ibrahim,” jawab burung kecil.
“Ha, ha…usaha yang sia-sia! Adakah api yang sebesar itu mampu dipadamkan oleh setitis air?” ejek burung besar lagi.
Jawab burung kecil, “Aku yakin bahawa Allah tidak akan bertanya kepadaku apakah dengan usahaku api itu berjaya dipadamkan, tetapi Allah pasti bertanya apa yang telah aku lakukan untuk memadamkan api itu…”
~~~Sama-sama mencari bukti dan saksi keprihatinan kita terhadap nasib umat Islam di hadapan Allah nanti~~~

mantap movie tu..
ak x layan lagi..