Shiyam

Bahang Ramadhan kian terasa

Saat Syaaban menampil diri

Dan tanpa sedar berlari

Meninggalkan kita

Merentas hari dan waktu

Tanpa perlu kita menghitung

Dalam kiraan panjang kehidupan

Ramadhan bakal datang

Menjengah diri dalam

Rekahan nafsu insan

Yang bergelodak sepanjang musim

Dalam diam meriak kesedaran

Buat mukmin yang patuh pada

Yang maha khalik

Ramadhan datang lagi

Untuk mengulangi tuntutan hakiki

Sambil berputar fikiran ini

Bertanya pada diri

Apakah ramadhan kali ini

Sama seperti akhir kali

Yang banyak dibiarkan berlalu

Tanpa diisi dengan iqra dan zikir

Tanpa tasbih dan takbir

Syukur pada Ilahi kerana ramadhan

Masih sempat ditempuhi

About nakashima takeshi

saa nee..
This entry was posted in Pit Stop and tagged . Bookmark the permalink.

1 Response to Shiyam

  1. pakarfisika says:

    marhaban yaa syahra ramadlan…semoga barokah Allah menyertai kita…amien…

    wassalaam,

Leave a comment