Mr.Husnuzon vs Mr.Suuzon

Saikin..(mksd die satu dua hari yang lepas, bukan 12) ada saja perkara yang menyebabkan mr.husnuzon kerap menjelmakan dirinya. Sememangnya mr.husnuzon lebih baik dan lebih lagi perlu ada di mana sahaja kita berada. Bawalah mr.husnuzon setiap masa dan ke mana jua kita pergi serta di mana jua kita berada.

Mr.husnuzon(ni nama pendek dia a.k.a nama glamour) atau dapat dikenali dengan mr.baik sangka(ni nama panjang dia) sememangnya berkadar songsang dengan mr.suuzon(nama pendek a.k.a nama glamour) juga nama panjangnya mr.buruk sangka. Nama diorang dalam english pun ada juga(banyak tul nama).Ini nama dorang mr.husnuzon sebagai encik think positive dan mr.suuzon sebagai encik think negative.

“ Sungguh menakjubkan perihal orang mukmin kerana semua perkara yang menimpanya ialah kebaikan dan tidaklah berlaku perkara ini melainkan hanya kepada orang yang beriman. Apabila dia diberi nikmat lalu disyukurinya maka menjadilah nikmat itu sebagai kebaikan baginya. Sebaliknya apabila dia diuji dengan musibah maka dia bersabar lalu menjadikan pula musibah itu sebagai kebaikan baginya” (Hadith sahih riwayat Muslim no. 2999).

Mr.husnuzon penting untuk melawan mr.suuzon, musuh ketatnya turun-temurun semenjak zaman nenek moyang mereka dahulu kala lagi, memang tidak dapat dinafikan lagi. Perlu bawa mr. husnuzon supaya mr.suuzon tidak dapat menjelmakan dirinya kerana tidak berjaya untuk survive bagi menjamin kewujudan dirinya. Mr.suuzon ini selalu buat kita rasa Mr A, Mr B, Mr T, Mr Z, Mr C, Mr M macam ini macam itu…selalu fikir bukan-bukan.. etc. Yang parahnya mr. suuzon ni selalu buat kenyataan yang tidak berasas. Itu yang bahaya tu..

Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: “Ini adalah suatu berita bohong yang nyata.” [24:12]

Mr.husnuzon penting kerana bila munculnya mr.suuzon, pelbagai/bermacam-macam perkara tidak baik boleh berlaku. Apabila mr.husnuzon menjelmakan dirinya keamanan, kedamaian, ketenangan dan sebagainya perkara yang baik dapat dijelmakan. Tambah pula, apabila mr.suuzon muncul dosa juga datang sama kepada kita. Nauzubillah. Sebagai contoh, walaupun kedapatan manusia yang melakukan kebaikan mahupun keburukan kepada kita, yang penting kita haruslah sentiasa berbaik sangka kepadanya kerana seperti firman Allah:

Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan purba-sangka (kecurigaan), karena sebagian dari purba-sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang. [49:12]

Moga kita sentiasa membawa mr.husnuzon di mana, ke mana, bilamana jua kita berada. Mr.husnuzon, mr.husnuzon lagi, lagi-lagi mr.husnuzon,…, mr.husnuzon (infiniti).You’ll never walk alone mr.husnuzon.(pinjam lagu liverpool jap).

Sabda baginda salallahualaihiwasalam “ Janganlah kamu mati melainkan berada dalam keadaan husnul zon dengan Allah swt” (hadith Sahih riwayat Muslim, Ahmad dan Baihaqi).

p/s:credit to mok cik atas kerja-kerja penambahbaikan.Jazakumullah.

Advertisements

About nakashima takeshi

saa nee..
This entry was posted in Pit Stop and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

3 Responses to Mr.Husnuzon vs Mr.Suuzon

  1. cik K says:

    “kdg2 terdetik jugak..astaghfirullahalazim…” isk isk isk

  2. niz says:

    nak minta izin republish 🙂
    already republished,boleh ke?
    saya link kan semula ke sini ,terima kasih .

  3. niz: ok. silakan..tq

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s