Thumbs Up!!

Alkisah ketika Nabi Ibrahim a.s dibakar oleh Raja Namrud dengan api besar. Melihat api besar itu, seekor burung kecil segera mengambil air dengan paruhnya yang kecil lalu dititiskan ke atas nyalaan api besar itu.

Perbuatan burung kecil itu ditertawakan oleh burung-burung yang lebih besar. “Apa gunanya air yang setitis itu?” Burung besar menyindir.

“Untuk memadamkan api yang membakar kekasih Allah Nabi Ibrahim,” jawab burung kecil.

“Ha, ha…usaha yang sia-sia! Adakah api yang sebesar itu mampu dipadamkan oleh setitis air?” ejek burung besar lagi.

Jawab burung kecil, “Aku yakin bahawa Allah tidak akan bertanya kepadaku apakah dengan usahaku api itu berjaya dipadamkan, tetapi Allah pasti bertanya apa yang telah aku lakukan untuk memadamkan api itu…”

~~~Sama-sama mencari bukti dan saksi keprihatinan kita terhadap nasib umat Islam di hadapan Allah nanti~~~

Advertisements
Posted in Uncategorized | 1 Comment

Gostan

Bismillah…

Ali (bkn nama sebenar) tiba-tiba terimbau kembali masa-masa lampaunya iaitu kenangan-kenangan beliau sewaktu zaman muda-muda dulu (sekarang dh tua ke..?). Namun begitu ia sedar dan harus sedar semua itu telah berlalu dan itulah qada’ dan qadar dari-Nya. Semua itu adalah ketentuan-Nya. Semua itu adalah takdir daripada-Nya. Semua itu sememangnya adalah yang terbaik untuk Ali walaupun mungkin kadang-kadang pada pandangan manusia perkara-perkara yang telah berlaku itu adalah bukan yang terbaik. Namun, Allah mengetahui segala-galanya. Ilmu Allah meliputi segalanya.

(Dialah Tuhan) yang mengetahui semua yang ghaib dan semua yang tampak. Maha Tinggi Allah dari apa yang mereka persekutukan [23:92] 

Apa yang telah terjadi, yang telah ditentukan sememangnya ada pengajaran di sebaliknya. Sebaik-baik perancang adalah Allah. Gembira, sedih, kecewa dan sebagainya dikurniakan oleh-Nya adalah untuk memberi pengajaran kepada manusia. Manusia yang sememangnya memerlukan petunjuk, pengajaran dalam menuju kepada-Nya.

Dan seandainya kebenaran itu menuruti keinginan mereka, pasti binasalah langit dan bumi, dan semua yang ada di dalamnya. Bahkan Kami telah memberikan peringatan kepada mereka, tetapi mereka berpaling dari peringatan itu. [23:71]

Ali pasrah (betul ke?).ok, redha dengan ketentuan-ketentuan-Nya. “YA. Siapa kita untuk tidak redha dengan ketentuan-ketentuan-Nya..?” bisik hati Ali.  Semua yang telah berlalu, pertemuan, perpisahan dan segalanya adalah dalam ketetapan-Nya. Teringat Ali pada satu ungkapan, “Esok adalah harapan, hari ini adalah kenyataan, semalam adalah kenangan walaupun bukan kenangan yang terindah.” Ali tersenyum sendirian.

Posted in jauh di sudut itu, Kongsi-kongsi, Omoidasu, The way | 3 Comments

Freedom..

 

Posted in Uncategorized | 1 Comment

:D :D :D

Posted in Pit Stop | 1 Comment

Nasihat Ibu Tentang..

Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkari apa yang telah Allah s.w.t tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya.

Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari kemudian.

Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita.

Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa, dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti.

Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya, dan dialah orangnya.

Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari.

Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki berasrama penuh.

Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali.

Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar. Ditakdirkan Allah s.w.t, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami bermula.

Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya. Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya.

Dia amat berhati-hati dalam mengatur butir bicaranya, bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman.

Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman di sisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjangkan- panjangkan.

Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya, itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walau sepatah.

Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia.

Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual dengan dia. Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk waktu yang amat sekejap itu.

Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dan dari situlah saya mula mengenali dengan lebih dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini.

Namun, apa yang memang boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu.

Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu daripadanya.

Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut.

Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia. Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah yang mengingatkan.

Dialah yang meminta agar kami mengehadkan mesej- mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.

Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas, ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap.

Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yang serius sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan saya pada satu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat saya tak mampu membalas walau sepatah.

“I haven’t found any entry in Islam that permit what you are doing right now. I haven’t heard from anyone that love before marriage is permitted. But I know there’s no relationship between male and female except for what is very important and official between them.”

“So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now.”

“Not a single phrase, nor a word.”

“My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah p.b.u.h has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don’t even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited.”

“You can’t have a happy family if Allah doesn’t help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You can’t expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning.”

Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil fitrah, dan apa yang dipanggil sebagai keperluan manusia. Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha.

Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya.

Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu untuk menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit kembali dari kesilapan saya selama ini.

Ummi berkata:

“It’s not me who want you to make a decision like this, but Allah tells you so.”

Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat faham.

Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan saya, tetapi ummi memberi isyarat, janganlah bimbang.

Andai ada jodoh kamu berdua, insya-Allah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang.

Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih suci dan saya boleh bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa.

Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami kejar kembali cita-cita kami dan sediakan diri untuk menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi maafkan kami.

Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu. Ampunkanlah aku.

Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri, dialah yang akan jadi teman hidup saya nanti.

Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup saya.

Insya-Allah, sekiranya Allah s.w.t panjangkan umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permaisuri di hati saya. Insya-Allah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya akan berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaan saya.

“Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman dalam hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan yang seumpamanya.”

Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga adab berjalan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s dan puteri Nabi Syuaib a.s beribu-ribu tahun dahulu?

(Sumber dipetik dari iluvislam.com)

Posted in The way | Tagged , , | 4 Comments

Ramadhan 1431

Salam Ramadhan al-mubarak. Selamat berpuasa. Moga Ramadhan kali ini membawa seribu makna dalam erti kata lebih baik dari sebelumnya, diharungi dengan penuh keimanan dan ketaqwaan dalam berusaha meraih keberkatan dan keredhaan dariNya. Amin.

Posted in ramadhan | Leave a comment

Orang Besar

Ukuran besar dan kecil pada dasarnya merupakan konsep sosial, oleh kerana itu sesuatu yang dipandang besar oleh satu lapisan masyarakat, mungkin dipandang kecil oleh satu lapisan masyarakat yang lain.

Tetapi yang jelas, ukuran besar itu dihubungkan dengan ruang. Sesuatu yang kecil di ruang sempit boleh dipandang besar, tetapi jika dipindahkan ke ruang yang besar maka ia dinilai sebagai sesuatu yang kecil. Kerana manusia pada hakikatnya adalah jiwanya, maka orang yang bertubuh besar tidak semestinya dipandang sebagai orang besar. Orang besar adalah orang yang pemerhatiannya, fikirannya, perbuatannya, langkah-langkahnya, dan juga pengaruhnya melampaui ruang (tempat dan waktu) di mana ia berada.

Pemimpin besar suatu bangsa adalah pemimpin yang perhatiannya menyentuh seluruh wilayah negeri di mana bangsa itu berada dan menjangkau jauh ke masa hadapan. Ia tidak terpaku memikirkan dirinya dan keluarganya sahaja, tetapi yang difikirkan adalah lebih daripada itu iaitu kesejahteraan ummat hingga puluhan dan ratusan tahun ke hadapan. Oleh kerana itu, seorang pemimpin besar mampu mengalah demi untuk kemenangan di kemudian hari.

Mengalah bukan bereti kalah, kerana untuk mengalah diperlukan kekuatan, sedangkan kalah adalah kelemahan, yakni tidak mampu mengatasi masalah yang dihadapi. Ciri-ciri orang besar adalah namanya tetap disebut, nasihatnya tetap didengar dan diambil pedoman, pemikiran dan pengaruhnya tetap wujud dan diteruskan meskipun ia telah meninggal puluhan atau ratusan tahun yang lalu seperti para rasul juga sahabat-sahabat. Pemimpin yang pusat perhatiannya pada mempertahankan kekuasaan dirinya adalah seorang yang kecil meskipun ia menduduki takhta yang besar.

Wallahu’alam..

Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. [Muhammad (47):7]

Posted in The way | Leave a comment