Berakhirnya sebuah Ramadhan

30 Ramadhan, Malaysia , Jepun dan di mana sahaja yang sewaktu dengannya : Hari terakhir, ‘last call’ dalam sebuah madrasah tarbiyyah diri dan jiwa. Last sprint for Ramadhan. Hari terakhir sebelum menamatkan pengajian dan pentarbiyyahan di madrasah ini. Tempoh masa yang diberikan selama sebulan sepatutnya digunakan sebaiknya mendidik jasmani dan rohani serta al-hawa’ juga nafsu agar semakin hari semakin baik.

Tidak ada malam yang lebih baik dari 1000 bulan pada bulan lain melainkan pada bulan ini. Tidak ada madrasah yang menawarkan pakej seistimewa pakej yang ditawarkan di madrasah Ramadhan dan adakah aku telah berjaya mencuri ilmu pentarbiyyahan dari madrasah Ramadhan kali ini? Adakah Ramadhan ini lebih baik dari Ramadhan kali akhir? Adakah aku telah menggunakan 30 hari yang diberikan ini dengan sebaiknya?

Semoga Ramadhan kali ini menjadi batu loncatan bagi aku dan kamu untuk meningkatkan amalan walau sudah menjejakkan kaki dari madrasah ini dan moga aku dan kamu juga dapat menggarap kembali pakej istimewa ini dengan menghadirkan diri lagi ke madrasah Ramadhan ini akan pada kali akan datang. InsyaAllah. Amien..

p/s: tajuk entry macam tajuk citer je..

About nakashima takeshi

saa nee..
This entry was posted in ramadhan. Bookmark the permalink.

Leave a comment